Kesihatan Lelaki

Fungsi erektil lemah: apakah punca-puncanya, apa yang perlu dilakukan dan bagaimana merawatnya

Disfungsi erektil adalah satu isu yang serius, namun begitu ramai lelaki yang tidak melihatnya sebagai amaran awal. Ketidakupayaan untuk melakukan hubungan seks sering kali diletakkan kesalahannya pada usia tua, keletihan atau tekanan, walaupun dalam kebanyakan kes, punca disfungsi erektil adalah sebenarnya bersifat organik. Namun, tidak kira apa jua sebabnya, keadaan tersebut adalah tidak normal. Lelaki yang sihat mampu melakukan fungsi seks sepanjang hayatnya. Semua orang disyorkan untuk mengkaji masalah ini supaya dapat mengenal pasti punca-punca disfungsi tersebut dan melihat simptomnya pada peringkat lebih awal lagi.

Apa yang menyebabkan masalah ini?

Masalah erektil mempunyai gejala yang berbeza. Masalah ini menampakkan dirinya dalam ketidakupayaan untuk mencapai dan mengekalkan ereksi semasa hubungan seksual. Ereksi mungkin mustahil untuk dicapai, terlalu lemah atau menjadi lebih lemah semasa mengadakan hubungan seksual. Kualiti ereksi yang kurang baik ini mungkin bersifat sementara atau bersifat kekal. Dalam perubatan, fenomena ini dirujuk sebagai fungsi erektil yang lemah. Sekiranya lelaki tidak dapat melakukan seks disebabkan oleh ereksi yang lemah atau ketiadaan ereksi dalam 25% daripada kesnya, beliau akan didiagnosis sebagai mati pucuk.

Kaum lelaki mungkin mengalami fungsi erektil yang lemah atau ereksi yang tidak konsisten kerana pelbagai sebab, kedua-duanya mungkin bersifat fisiologi dan psikologi. Sebab dan mekanisme bagi disfungsi erektil kini telah dipelajari secara terperinci, dan telah menjadikannya tidak mustahil untuk menghasilkan kaedah yang berkesan bagi menyelesaikan masalah yang sensitif ini.

Disfungsi erektil mungkin disebabkan oleh pelbagai faktor. Keadaan ini biasanya merupakan komplikasi daripada penyakit yang sedia ada. Faktor-faktor yang boleh mencetuskan ED atau fungsi ereksi yang lemah boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan:

  • Kegagalan sistem endokrin. Penyebab biasa bagi ereksi lemah termasuklah kencing manis, kelenjar seks yang kurang berkembang, prolaktinoma dan obesiti.
  • Masalah yang bersifat psikologi. Kemurungan, penyalahgunaan alkohol dan dadah, stres. Seringkali, masalah emosi membawa kepada kehilangan ereksi sepenuhnya.
  • Gangguan pada jantung dan saluran darah. Fungsi erektilboleh merosot akibat hipertensi, strok, tahap kolesterol tinggi atau bekalan darah yang merosot ke organ pelvik.
  • Penyakit pada saraf tunjang, penyakit Parkinson, sklerosis berbilang dan gangguan saraf yang lain.
  • Perubahan fizikal pada organ kemaluan akibat kecederaan, keradangan teruk, penyakit Peyronie.

Gangguan vaskular adalah merupakan punca utama bagi disfungsi erektil, diikuti oleh faktor psikologi dan patologi sistem saraf. Gangguan endokrin adalah punca biasa bagi ketidakseimbangan erektil.

Tanda-tanda disfungsi erektil

Gejala serta keterukan manifestasinya adalah bergantung kepada punca dan keseriusan masalah disfungsi erektil itu. Dalam hampir ⅓ pesakit, gejala pertama berlaku antara 18 hingga 35 tahun. Oleh sebab itu, disfungsi erektil pada usia ini dirangsang oleh faktor psikologi dan dimanifestasi sebagai ereksi yang lebih lemah. Namun, pada masa yang sama, ereksi pada waktu malam dan pagi masih berlaku secara teratur.

Masalah kesihatan, sebaliknya, melemahkan kedua-dua ereksi yang dituntut dan ereksi spontan. Gejala utama bagi masalah disfungsi seksual yang disebabkan oleh gangguan hormon secara vaskular dan neurogenik adalah ereksi yang lemah dan jarang berlaku, di mana zakar tidak dapat tegak sepenuhnya walaupun seseorang lelaki itu sedang mengalami keghairahan seksual yang kuat. Jika seorang lelaki yang berpengalaman seksual mengalami gangguan vaskular dan mendapat ejakulasi pra-matang semasa atau sebelum seks, ia adalah satu gejala yang membimbangkan. Libido yang makin menurun adalah satu lagi gejala yang perlu diberi perhatian.

Walaupun hakikatnya gejala-gejala yang bersifat organik lebih kerap kali dikenal pasti, namun kajian telah menunjukkan bahawa disfungsi erektil sering kali merupakan masalah psikologi. Kes-kes yang ditentukan secara semula jadi atau berepisod bagi kehilangan ereksi yang berkaitan dengan perubahan fisiologi, keletihan, usia tua, aktiviti seksual yang berlebihan atau tidak mencukupi tidak dianggap sebagai suatu patologi tidak boleh dianggap sebagai keadaan patologi. Kehilangan ereksi secara berkala (jarang) bukannya suatu patologi dan boleh dengan mudahnya dirawat dengan berehat dan meningkatkan hubungan seksual anda.

Kaedah yang digunakan untuk menyembuhkan disfungsi erektil

Sekiranya gejala-gejala disfungsi ereksi berlaku dengan lebih kerap, rujuklah doktor secepat mungkin. Ini adalah satu-satunya cara untuk menentukan punca disfungsi erektil dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Perubatan moden menggunakan pelbagai kaedah untuk merawat ereksi lemah, termasuklah terapi ubat-ubatan, pembetulan psikologi dan pembedahan.

Terapi ubat-ubatan

Terapi ubat biasanya melibatkan penggunaan perencat phosphodiesterase jenis 5. Bahan ini merawat disfungsi erektil dengan memluaskan saluran darah di dalam zakar. Ia mempunyai kesan merangsang yang cepat dan biasanya digunakan untuk rawatan disfungsi erektil yang disebabkan oleh faktor psikologi atau penyakit vaskular. Sekiranya fungsi seksual yang lemah disebabkan oleh gangguan hormon, tahap normal testosteron perlu dipulihkan.

Penting! Mana-mana ubat, kecuali suplemen pemakanan semula jadi, perlu diberikan oleh seorang doktor selepas melakukan ujian perubatan yang komprehensif. Sekiranya anda tidak mempunyai preskripsi doktor, pastikan anda hanya mengambil suplemen bebas hormon yang semula jadi sepenuhnya seperti Hammer of Thor(FOREX).

Suntikan intracavernous

Suntikan intracavernous adalah suatu kaedah moden yang sangat berkesan dan mempunyai kesan sampingan yang minima. Rawatan ini melibatkan suntikan prostaglandin E1 ke dalam saluran darah zakar. Kaedah ini adalah rangsangan semula jadi yang membantu meningkatkan kualiti kehidupan seks dalam 80% pesakit. Satu-satunya kelemahan adalah kesakitan yang disebabkan oleh suntikan tersebut.

Psikoterapi

Psikoterapi biasanya digunakan apabila disfungsi seksual adalah disebabkan oleh masalah psikologi. Dalam kes ini, kaedah berikut adalah berkesan:

  1. Terapi seks, yang merupakan satu bentuk psikoterapi.
  2. Menggunakan cadangan praktikal mengenai rangsangan seksual.
  3. Menjalani gaya hidup sihat.
  4. Menyingkirkan halangan psikologi antara pasangan.

Jenis rawatan untuk ereksi lemah ini memerlukan kedua-dua pasangan seksual untuk bekerjasama.

Kaedah pembedahan

Pembedahan hanya akan membantu dalam kes perubahan patologi dalam saluran darah atau tisu zakar yang menghalang peredaran darah yang sihat. Sesetengah prosedur pembedahan membenarkan untuk membesarkan lumen arteri dan vaskular dan seterusnya mengembalikan peredaran darah yang normal. Jika perubahan tidak dapat dipulihkan dan tisu zakar tidak dapat dipulihkan sepenuhnya, suatu prostesis intracavernous akan digunakan. Kaedah ini adalah yang paling radikal.

Masalah erektil boleh dirawat dengan mudah pada masa ini, terutamanya jika didiagnos pada peringkat awal. Sekiranya anda mengalami gejala yang membimbangkan, segera rujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan yang tepat pada masanya. Doktor yang bertugas akan mengenal pasti punca awal dan menetapkan rawatan yang sewajarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *